Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Sambal Tongkeng Ayam’ Kegemaran Suaminya, Bila Makan Tak Pandang Kiri Kanan Dah. Memang Sedap Dan Padu!

Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Sambal Tongkeng Ayam’ Kegemaran Suaminya, Bila Makan Tak Pandang Kiri Kanan Dah. Memang Sedap Dan Padu!

Kategori:
resepi sambal tongkeng ayam

Tongkeng ayam atau buntut ayam merupakan bahagian ayam yang berlemak. Mungkin disebabkan rasanya yang berlemak dan juicy maka ramai orang amat menggemarinya. Buntut ayam goreng ini banyak dijual di pasar malam. Dan bagi anda penggemar buntut ayam, boleh lah anda cuba masakan sambal tongkeng ayam ini. Ia pasti bakal menjadi menu wajib anda sekeluarga. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • Tongkeng ayam |gaul dengan garam dan kunyit lalu goreng garing
  • Garam secukupnya
  • Aji namoto

Bahan Kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api merah dan hijau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing.
  3. Masukkan garam dan aji secukupnya.
  4. Kemudiaan masukkan pula tongkeng ayam yang sudah di goreng tadi.
  5. Kacau sehingga sebati dan tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Hidayah Sheikh Khaili

Baca juga: Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

tags: | |