Sambal tumis budu merupakan antara masakan yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Kebiasaanya sambal tumis budu ini diletakkan dalam nasi kerabu tetapi kalau nak makan tanpa nasi kerabu pun boleh. Ada nasi putih, ikan goreng dan Sambal Budu Tumis ini pun sudah cukup. Jom kita ikuti macam mana nak sediakan sambal budu tumis ini.
Resepi Sambal Tumis Budu, Makan Dengan Ikan Goreng Terangkat Habis. Tak Perlu Lauk Lain Dah!
BAHAN-BAHAN:
- Budu
- 1 serai *
- Segenggam cili pedas*
- Bawang merah/bawang besar *
- Bawang putih *
- Sedikit halia *
Kisarkan bahan bertanda (*)
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan kuali. Letak minyak untuk menumis secukupnya. Tumis bahan kisar tadi.
- Apabila tumisan tadi telah pecah minyak atau garing mewangi masukkan santan.
- Selepas santan dah sebati dengan tumisan. Tuangkan sebotol budu pula.
- Apabila kuah dah kering, masukkan serai dan daun limau purut.
- Siap dan boleh dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hajar Mohd
Baca juga: Resepi Budu Goreng, Sedap Sangat. Orang Kelantan Selalu Buat Ni