Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Samosa, Indian Dish Yang Mudah Boleh Dibuat Di Rumah Sekali Dengan Karipap

Resepi Samosa, Indian Dish Yang Mudah Boleh Dibuat Di Rumah Sekali Dengan Karipap

Kategori: ,
Resepi Samosa

Hidangan samosa ini memang sesuai untuk minum petang. Cara buat dia mudah sahaja macam karipap dan intinya sama ada daging atau ayam. Kalau nak lebih gempak dan ikut keseleraan anda sendiri boleh letak sos carbonara atau keju sehingga meleleh.

Dengan kulitnya yang rapuh daan intinya yang masih panas, mesti sekejap sahaja habis kerana sangat-sangat sedap dan jangan lupa hidangkan dengan air teh panas. Jadi, marilah cuba dengan ikuti resepi yang dikongsi ini.

Resepi Samosa

Resepi Samosa Ayam Daging

Bahan-bahan:

  • Kulit Popia
  • Gam Tepung
  • Minyak Masak
  • Kentang / keledek kuning – dipotong dadu
  • Ayam / Daging Cincang
  • Bawang Putih
  • Bawang Kecil
  • Serbuk Kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam, perasa, gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA-CARA

TUMIS INTI

  1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan serbuk kari tumis sampai pecah minyak. Masukkan banyak akan buatkan ia lebih sedap.

MASUKKAN AYAM / DAGING

  1. Seterusnya, masukkan ayam / daging yang dicincang dan kentang / keledek yang telah dipotong dadu mengikut kuantiti yang anda mahu.
  2. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan kentang hangus.
  3. Masak sehingga kentang dan ayam / daging menjadi lembut.

PERASAKAN

  1. Kemudian, masukkan daun kari dan daun sup.
  2. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula, dan perasa.

LIPAT SAMOSA

  1. Sediakan gam tepung dulu sebelum melipat. (Tambah tepung dengan sedikit air)
  2. Kemudian ambil kulit popia dan bolehlah mula melipat. Kalau nak ikutkan ada banyak cara nak melipat. Boleh lipat tiga segi atau cara-cara lipat yang lain.
  3. Kemudian, goreng dan simpan lebihan samosa dalam peti sejuk.

Seperti yang dibaca, mudah sahaja kan bahan dan cara buat samosa ini. Mungkin boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk supaya esoknya boleh goreng lagi. Tengok gambar pun dah nampak sedap kan.

Selamat mencuba.

Kredit: eka jangok’s

Baca Juga: Resepi Karipap Pusing Yang Sangat Kemas Dan Cantik Terbentuk, Bila Goreng Memang Rangup

tags: | |