Pernah tak anda rasa macam tak tahu nak masak apa, tapi nak makan benda manis dengan cara masak yang senang?
Haaa, perkongsian ini tepat untuk anda. Kami akan kongsikan resepi sandwich cheesecake dari Mr Ali yang mendapat banyak pujian orang ramai kerana kesedapannya.
Jom cuba sama-sama!
Ini cara penyediaan untuk hidangan saiz loyang 6 inci ya, dapat 4 pcs.
Resepi Sandwich Cheesecake Mudah Dan Senang, Ada 2 Flavour Orea Dan Coklat!
Bahan-Bahan:
- 8 keping biskut, saya pakai Jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil akan dapat lebih dari 4 pcs.
- 250 gram cream cheese.
- 150 gram dairy whipping cream
- 50 gram gula icing
- 1 sudu kecil essen vanila
- 25 gram oreo yang dihancurkan atau 125 coklat yang dicairkan.
Cara Penyediaan:
- Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.
- Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller / peti sementara buat lapisan mousse. Ada 2 flavour boleh pilih mana-mana.
Perisa Oreo
- Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik.
- Lepas pukul dalam 2 minit. Stop. Masukkan gula icing dan essen vanilla. Sambung pukul sampai sebati.
- Pada belas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
- Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati.
- Jangan terlebih kaup. Nanyi adunan mencair.
- Masukkan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana sebagai flavour.
- Ratakan atas lapisan biskut tadi.
- Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas.
- Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan boleh makan.
Perisa Coklat
- Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik.
- Lepas pukul dalam 2 minit. Stop. Masukkan gula icing dan essen vanilla. Sambung pukul sampai sebati.
- Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Pukul sehingga sebati.
- Pada bekas lain, pukul 150 gram dairy whiiping cream sehingga kental.
- Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati.
- Jangan terlebih kaup. Nanyi adunan mencair.
- Ratakan atas lapisan biskut tadi.
- Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas.
- Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan boleh makan.
Nota tambahan: Gula atas tu pakai dusting sugar baru dia tak menterap. Kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.
Selamat mencuba resepi sandwich cheesecake ini ya semua!
Sumber: Muhammad Ali
Baca juga: Mahu Hasil Tanaman Cili Lebat Dengan Cara Mudah? Guna Je Biji Cili Kering, Ini Caranya!