Sardin memang sedap. Kalau dulu sardin makanan bila duit tak cukup, boleh buka selera, tapi sekarang sardin makanan mahal. Satu tin dah berapa ringgit nak beli baik buat sendiri, selamat dan murah.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 labu bawang besar
  • 1 labu bawang bombay (kuning)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sdm sos cili
  • 4 sdm cili kisar
  • 1 tin tomato puri
  • 2 keping asam keping
  • 3 sdm tepung jagung d bancuh dengan sedikit air
  • 1 kg ikan sardin segar/basah di buang kepala dan isi perut basuh dan toskan
  • Garam/Gula

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Semua bawang di potong dadu
  2. Tumis bawang yang dipotong dadu hingga kekuningan
  3. Masukan sos cili, cili kisar, tomato puri, asam keping goreng hingga pecah minyak
  4. Masukkan air ikut banyak ikan agak ikan tengelam (lebih air sebab nak bagi kuah mereneh lama dalam periuk)
  5. Perasakan kuah secukup rasa
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung
  7. Tutup periuk dan biarkan ikan masak dan kuah mereneh (resepi asal biarkan dalam 1 jam, Kak Sue buat dalam 30 minit sebab ikan tidak banyak)
  8. Agak pekat bolehlah tutup api

Sejukkan dan boleh masuk ke dalam bekas. Boleh simpan dalam peti ais, nak masak cuma panaskan atau tumis bawang bulat-bulat, cili besar dan masukan sardin homemade dan siap!

Kredit sumber resepi: Nor Sue Ella

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 149 times!)