Sardin adalah antara lauk yang paling mudah untuk dimasak kerana hanya perlu masak daripada tin itu sahaja dan kita boleh perasakan dengan pelbagai cara. Kita hanya perlu beli tin sardin sahaja dan masak di rumah. Kebiasaannya, memang orang jadikan sardin ini lauk utama jika dalam keadaan sulit seperti ketika mengalami banjir atau berkhemah.
Namun, begitu beberapa bulan lepas dihangatkan bahawa harga untuk satu tin sardin juga telah meningkat dan ini kemungkinan menyusahkan segelintir rakyat untuk membeli sardin di kemudian hari.
Resepi Sardin Masak Kicap Pedas
Bahan-bahan:
- Sardin 1 tin
- Bawang besar 1 labu *
- Bawang putih 3 ulas *
- Kicap pekat manis jalen 3 sudu besar
- Cili kering blender 3 sudu besar
- Sos seafood 1 sudu besar
- Cili api 4 biji
- Gula/Garam
- Hiris nipis bahan bertanda *
Bahan Tambahan
- 1 biji ubi kentang
Cara Memasak Sardin Masak Kicap Pedas
- Goreng ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bahan bertanda hingga naik bau dan layu.
- Kemudian masukkan cili kering blender serta sos dalam tin sardin sedikit lebih kurang 2-3 sudu besar.
- Tumis hingga agak pecah minyak dan api sederhana.
- Kemudian masukkan kicap pekat manis dan sos seafood. Tambah air sedikit.
- Akhir sekali, baru masukkan sardin, ubi kentang dan cili api.
- Perasakan dengan gula garam.
- Masak sekejap kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang.
Inilah resepi sardin masak kicap pedas untuk semua yang inginkan resepi ini. Boleh lah cuba jika anda puas memuaskan hidangan apa untuk masak. Jadi, selamat mencuba.
Kredit: Yayar B Awang Noh
Baca Juga: Menu Paling Best; Ini Resepi Ikan Sardin Masak Asam Cuka Yang Semua Orang Wajib Cuba!