SATE GORENG

Terdapat berbagai cara untuk menyediakan sate. Kalau yang cara lama tu pasti semua orang pun tahu kan macam mana nak buat ? Yang biasa orang cucuk kat lidi dan di dibakar atas arang tu. Tu cara tradisional. Sekarang kita dah boleh buat inovasi dengan mencuba resipi sate goreng yang sedap. Kita boleh memasaknya di dalam kuali dengan minyak yang banyak, boleh juga digoreng di dalam kuali tanpa minyak/ guna minyak sedikit atau dibakar di dalam oven dengan sedikit minyak pada suhu maksimum dan dikacau sekejap sekejap hingga masak. Jom layan resepi sate yang dibawah ni.

Sate ayam

Bahan-bahan Sate

  • 600 gram isi ayam.
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan-Bahan Kuah Kacang

  • 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
  • 500-600 gram gula kastor
  • 200 gram gula Melaka/gula merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 ½ sudu kecil garam halus
  • 3 biji bawang merah(besar saiz 50 sen lama)*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 5L-2.0L air
  • 3 senduk cili kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • Segenggam asam jawa yang kemudia dibancuh pekat dengan air

Cara memasak Sate Ayam Goreng

  1. Ayam dibersihkan dan hiris halus dalam sebesar ibu jari.
  2. Kacang tanah disangai tanpa minyak, dibuang kulitnya dan ditumbuk.
  3. Ricik serai dan tumbuk halus.
  4. Masukkan ke dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan ayam tadi dan gaul sampai betul-betul rata.
  6. Perap selama 2 jam. Jangan masukkan air kerana ayam tu akan keluar setelah diperap hampir 2 jam.
  7. Selepas 2 jam, goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Biarkan basah-basah sedikit.
  8. Atau masukkan sate yang telah digoreng dalam periuk kuah.

Cara Memasak Kuah Kacang

  1. Untuk menyediakan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng kacang tu, kisar dengan air. Jangan habiskan terus 2 liter tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu kisar. Nanti baki air tambah kemudian.
  2. Udang kering ditumbuk lumat.
  3. Serai tadi diketuk dan dikisar bersama bahan bertanda *. Bila dah siap semua proses baru senang.
  4. Panaskan minyak dalam kuali
  5. Masukkan bahan kisar dan udang kering yang di tumbuk tadi.
  6. Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar.
  7. Biar pecah minyak dulu barulah masukkan kacang tanah yang dikisar dengan air. Gunakan api sederhana kecil je untuk pastikan cili kisar pecah minyak ya.
  8. Tambah air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air 0.5 L lagi. Masak dengan api yang perlahan dan kacau sesekali. (kalau nampak pekat sangat, tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua. So, kita guna 2.0 liter)
  9. Masak selama 1jam – 2 jam sebab guna api kecilje. Biarkan kuah kacang bertukar warna gelap, Nampak berminyak di permukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih terkuarang, sesuaikan rasa buat kali terakhir.

Untuk rujukan sila tonton video dibawah.

Memang terbaik, sangat sedap dan senang disediakan. Pendek kata dengan sate goreng ni, sesiapa pun boleh sediakan sate sendiri di rumah. Yeayyyyyy. Selamat mencuba !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,765 times!)