Resepi kali ini ialah sayap ayam mentega & cili panggang. Semestinya menggunakan sayap ayam. Bagi yang tidak pernah mencuba, boleh mencubanya. Pasti menjilat jari. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

  • Ayam – bahagian sayap
  • Mentega – 1 sudu makan
  • Madu – 2 sudu makan
  • Sos Cili – 3 sudu makan
  • Cili Giling / Cili Boh – 1 sudu makan
  • Secukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan letakkan mentega.
  2. Masukkan madu, sos cili dan cili boh.
  3. Masukkan secukup rasa.
  4. Masukkan ayam. Kacau sebati. Angkat
  5. Susunkan ayam di atas loyang oven.
  6. Bakar menggunakan api atas & bawah (Suhu 180C selama 30-40 minit).
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 25 times!)