Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mak Mentua Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia ‘Mihun Goreng Singapore’ Yang Sedap Dan Menjadi! Habis Licin Satu Kuali

Mak Mentua Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia ‘Mihun Goreng Singapore’ Yang Sedap Dan Menjadi! Habis Licin Satu Kuali

Kategori:

Mihun goreng singapore adalah mihun goreng yang berwarna putih. Warnanya sedemikian kerana tidak dimasukkan kicap dan cili kisar. Tidak pasti bagaimana nama mihun ini mihun goreng singapore. Adakah ia berasal daripada singapura atau sebaliknya.

Tapi apa yang pasti rasanya sangat sedap. Dimasukkan pula seafood seperti udang dan sotong. Memang betul-betul memukau selera!

Resipi Rahsia ‘Mihun Goreng Singapore’ Yang Sedap Dan Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus bihun (400g)
  • Sedikit minyak
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam | potong dadu
  • 3 batang fish cake | potong dadu
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji telur
  • Kobis | cincang kasar
  • Karot | potong mancis
  • Sawi
  • Taugeh
  • Lada sulah (jika suka)
  • Garan dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
  • 5-6 ulas bawang putih | tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar | tumbuk halus
  • 2 sudu besar lada hitam | tumbuk halus

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam atau celur mihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
  4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  5. Masukkan mihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  6. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  7. Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

Nota:

  • Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.
  • Mak mertua kita ajar. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering.

Nampak mudah dan menyelerakan kan Mihun Goreng Singapore ini. Jadi apa tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang. Sekali rasa pasti jatuh cinta!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi: Che Nom

Kredit gambar: Habeebah Md Daud

Baca juga: “Sedapnya Bihun Goreng Tomyam Kamu”, Masakan Wanita Ini Berkali-Kali Di Puji Mak Mertua, Wanita Ini Kongsi Resepinya

tags: | |