Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Semperit Susu Paling Senang, Guna 3 Bahan Je!

Resepi Semperit Susu Paling Senang, Guna 3 Bahan Je!

Kategori:
Resepi Semperit Susu Paling Senang

Resepi semperit susu ini sesuai untuk anda yang baru menjinak-jinak dalam dunia membaking ni. Resepi semperit ini hanya menggunakan 3 bahan utama penting. Mudah dan semestinya sedap. Jom cuba resepi semperit susu paling senang ni!

Resepi Semperit Susu Paling Senang

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung 5 cawan
  • Planta 1 cawan ( boleh guna buttercup 250g )
  • Susu pekat 1 cawan

Note: guna cawan yang sama

  • Pewarna , coklat cip ( optional )

Cara-cara:

  1. Satukan planta dan susu. Gaul sebati.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kemudian uli.
  3. Uli sampai tak lekat di tangan. Jangan uli terlalu lama hanya sekadar semua bahan sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
  5. Ambil doh sikit-sikit dari setiap warna dan masukkan ke dalam acuan.

    Daily Makan

  6. Sebelum dibakar, biarkan dahulu doh 20 minit.
  7. Siap! Sejukkan dulu sebelum masuk ke dalam bekas tertutup.

Kredit: Anna B. Samad

Selamat mencuba!

tags: