Resepi kali ni ialah Shellout Homemade. Nama pun homemade mestilah buat sendiri dekat rumah kan. Lagi jimat. Bahan pun senang untuk dicari. Jom kita tinjau resepinya.

Bahan-bahan

  • Minyak
  • 5 sudu makan butter
  • 3 ulas bawang putih – diracip halus
  • 3 ulas bawang merah – diracip halus
  •  1 sudu rempah kari ikan
  • Cili boh / Cili giling
  • Sos BBQ
  • Air
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sotong
  • Ketam
  • Udang
  • Lada hitam
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan butter.
  2. Masak sehingga butter cair.
  3. Masukkan bawang putih, bawang merah dan rempah kari ikan.
  4. Seterusnya, masukkan cili boh/cili giling dan sos BBQ. kacau
  5. Masukkan sedikit air, sos tiram, dan kicap manis.
  6. Masukkan ketam dan sotong. Kacau
  7. Masukkan udang, lada hitam,gula dan garam.
  8. Gaul dan tutup sekejap sehingga masak.

Selamat mencuba!

Lihat resepi di bawah

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 5 times!)