Ikan siakap merupakan antara ikan yang sangat digemari ramai. Boleh digunakan dalam pelbagai resepi seperti ikan siakap stim, kengsom, tomyam dan sebagainya, memang patut lah ikan ini jadi kesukaan!
Bagi anda yang meminati masakan Thai, anda boleh lah cuba resepi ikan siakap sambal kicap pedas Thai yang sedap dan mudah. Ni kalau sekali cuba memang nak lagi! Jadi kalau nak tahu, boleh lah baca resepi yang dikongsikan oleh Liza Idris. Kita cuba sekarang malam ni.
Resepi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Kuah Sambal Kicap
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 ke 5 biji cili api (dikisar)
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu cuka
- 5 sudu kicap biasa
- 1 sudu Maggi cukup rasa
- Kubis
- Carrot
- Daun sup
- Daun ketumbar
Cara-Cara Penyediaan
- Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Kemudian, bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
- Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dikisar sehingga kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
- Masukkan 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit sampai pecah minyak.
- Masukkan 5 sudu besar kicap. Ikut lah kalau nak lebih pun tak apa.
- Letakkan 2 sudu besar cuka dan kacau.
- Masukkan 1 cawan air.
- Masukkan bunga kubis dan carrot. Kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
- Perasakan dengan Maggi cukup rasa.
- Taburkan daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau.
- Dah siap kuah dan boleh disimbah atas ikan siakap yang digoreng tadi.
- Taburkan lagi daun bawang dan daun ketumbar sebagai penyeri. Dah siap!
Resepi ini anda wajib cuba di rumah! Bagi peminat masakan Thai, memang padu lah nanti. Sekali cuba mesti selalu teringat. Tengok gambar pun dah rasa terliur, kan? Malam nanti boleh lah korang cuba, suami mesti tambah nasi berkali-kali dengan lauk ini.
Selamat mencuba.
Kredit: Liza Idris
Baca Juga: Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand, Serius Mudah Teramat Sangat!