Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Simple Goreng Daging Style Mak Mertua Yang Sangat ‘Juicy’, Anak Teruna Pun Boleh Buat Ni

Cara Paling Simple Goreng Daging Style Mak Mertua Yang Sangat ‘Juicy’, Anak Teruna Pun Boleh Buat Ni

Kategori: ,
cara mudah goreng daging

Cara goreng daging yang dikongsi oleh wanita ini sangatlah mudah. Menurutnya ini cara mak mertuanya menggoreng. Kegemaran suaminnya katanya. Memang simple dan pasti amat sedap, sebab kaedah yang digunakan olehnya itu sangat lain. Kalau anda buat daging goreng macam ini pasti akan rasa teruja, sebab dia mengekalkan rasa daging itu. Ada rasa juicy sikit. Memang sedap. Cuba ye!

BAHAN-BAHAN

  • Daging
  • Bawang besar
  • Cili
  • Kunyit
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan pan atau belanga. Masukkan daging yang sudah dihiris dan dicuci bersih. Masak dalam pan tu sehingga keluar air daging tersebut.      
  2. Bila daging semua dah bertukar warna masukkan serbuk kunyit.
  3. Kacau rata kunyit tu dan biarkan kering lagi. Tak payah usik pun, biarkan sahaja.
  4. Agak-agak airnya dah sedikit kering, masukkan minyak masak. Lebih pun tak apa, nanti boleh buat kuah.
  5. Kemudian masukkan bawang besar dan cili. Ikut citarasa anda, kalau anda suka bawang banyak, masukkan banyak-banyak pun tak apa. Selepas itu masukkan garam secukupnya. Kalau suka aji nomoto boleh letak.
  6. Selepas itu tutup pan dengan penutup nanti daging akan masak dan lembut dengan wap tu.
  7. Nah! Siap dah. Boleh hidangkan bersama nasi putih panas-panas.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nur Wan Cik Via MAHN

 

 

 

tags: |