Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Simple Kek Karot Kacang Gebu, Tapi Rasanya Sama Macam Dekat Kedai. Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat.

Resepi Simple Kek Karot Kacang Gebu, Tapi Rasanya Sama Macam Dekat Kedai. Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat.

Kategori: ,

Ramai orang yang sukakan manisan apabila stres seperti ais krim, kek, dan juga coklat. Tabiat sebenarnya kalau makan jarang-jarang tidak ada masalah tapi kalau hari-hari macam ni, habislah kesihatan tu. Lagi-lagi orang yang suka makan kek, tapi malas nak buat sendiri, mereka lagi suka beli dekat kedai je.

Antara kek yang paling diminati ramai adalah carrot cake. Carrot cake juga senang dibuat dan kurang manis. Ini dia resepi yang telah dikongsi oleh Wan Zulaiha Omar.

Resepi Simple Walnut Carrot Cake Gebu, Tapi Rasanya Sama Macam Dekat Kedai. Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat.

kek

Bahan-bahan

  • Minyak jagung – 1 1/4 cawan
  • Telur – 4 biji
  • Gula kastor – 120 gram
  • Gula Perang – 120 gram
  • Tepung gandum – 250 gram
  • Baking soda – 1 sudu kecil
  • Garam – 1/4 sudu kecil
  • Serbuk kayu manis – 1/4 sudu kecil
  • Walnut – 1 cawan
  • Karot – 2 cawan parut kasar
  • Kismis – 1 cawan

Cara penyediaan

  1. Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
  2. Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
  3. Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.
  4. Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
  5. 500 gm creamchese, 1cawan gula icing putar sampai sebati n lembut
  6. 300 fresh cream putar asing, dah kembang masukkan campuran creamcheese and gula icing tu and mix sebati.

Yeayy! Sudah siap kek carrot gebu kita. Senang sangat cara nak buatnya. Kek sudah semestinya menjadi pilihan utama bagi pencinta makanan berlemak, manis dan berkrim.

Namun, pengambilan makanan manis secara berlebihan juga akan memudaratkan kesihatan. Jadi beringatlah sebelum terkena. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Zaliha Zaliha Salleh

Baca juga: Cara Buat ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea, Cicah Dengan Sos Serius Sedap!

tags: | |