Ini dia resepi sira pisang dan pengat pisang. Makanan orang dulu-dulu yang tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Masih lagi di makan, dibuat dan dijual di kedai lebih-lebih lagi ketika bulan ramadan. Paling sedap kalau menggunakan pisang nangka. Cuba lah buat dekat rumah masing-masing.
Kalau tiba bulan puasa, semestinya sira pisang dan pengat ini mendapat sambutan ramai. Pastinya ada yang menjual pengat dan sira pisang ini di bazar atau gerai mereka. Kalau golongan veteran yang buat korang wajib beli tau! Sebab golongan veteran ni masakan diaorang memang lain macam sikit.
Nak cuba masak Sira Pisang dan Pengat Pisang macam golongan veteran ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Mudah sahaja kan nak buat Sira Pisang dan Pengat Pisang ini? Sekejap je dah siap. Bahan yang diperlukan juga sangat mudah untuk didapatkan. Kalau nak buat setengah jam sebelum berbuka puasa pun sempat tau. Selain enak dimakan pada bulan puasa, masakan ini juga sesuai dimakan pada waktu petang. Dicicah bersama dengan roti kosong lebih sedap tau!
SELAMAT MENCUBA!
Baca juga : Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!