Jom cuba buat kudapan raya ala roller coaster cheese ni. Buat sendiri boleh makan puas-puas. Baru puas hati. Anak-nak pun pasti suka. Memang confirm berebut depan tv ni!
Resepi Snek Ala ‘Roller Coaster Chesee’ Guna 3 Bahan Je, Memang Confirm Berebut!
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Serbuk cheese
- Gula & garam sikit (ikut citarasa memasing)
Cara-cara:
- Kulit popia di sapu dengan air lalu di lipat dua.
- Gulung kulit popia dengan straw yang besar.
- Hujungnya disapukan dengan air sebagai gam.
- Selesai menggulung, biarkan seketika bagi kulit popia tu keras sikit kemudian gunting bulat-bulat (jangan menyerong).
- Goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
- Sebelum tu, blend bagi sebati serbuk cheese, serbuk cabai, gula & garam.
- Kemudian tuangkan serbuk cheese yang di blend tadi ke dalam popia yang dah digoreng tadi. (Tuang dalam bekas besar, kemudian gaul @ goncang bagi sekata).
- Siap. Boleh makan @ simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Shah Shatry
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat ‘Popia Cheese Krup Krap’, Mudah Sangat Guna 3 Bahan Je