Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Suka Makan Shellout? Ini Resepi Sos Shellout Terlajak Sedap Yang Anda Perlu Cuba. Barulah Puas Makan!

Suka Makan Shellout? Ini Resepi Sos Shellout Terlajak Sedap Yang Anda Perlu Cuba. Barulah Puas Makan!

Kategori: ,

Memang sedap kalau dapat nikmati Shellout dengan rakan atau keluarga di luar. Tapi, kalau nak makan di luar, harganya boleh tahan mahal!

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri lauk Shellout ni. Kalau sediakan sendiri di rumah barulah lebih jimat, boleh dapat lauk Shellout yang bergunung!

Jom kita tengok resepi Sos Shellout yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad!

May be an image of crustacean and food

Resepi Sos Shellout Yang Terlajak Sedap. Lebih Segar Bila Masak Di Rumah!

Sos Shell Out (Untuk 5 hingga 8 Orang Makan/ 2-3 kilogram seafood)

Bahan-Bahan :

  • 2 batang serai.
  • 1 senduk cili kering kisar.
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 helai daun limau purut.
  • 1 sudu besar pes asam jawa.
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan.
  • 1/2 buku kecil gula Melaka.

Bahan Kisar :

  • 3 biji bawang merah besar India.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1/2 inci kunyit hidup.

Seafood Yang Sesuai :

  • Lala 500gm
  • Udang 1kg
  • Sotong 1kg
  • Ketam 1kg

Cara-Cara :

  • Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan serai. Tunggu sampai naik bau.
  • Seterusnya, masukkan cili kering. Tumiskan sampai pecah minyak.

Sos Shellout

  • Bila dah pecah minyak, letakkan pula daun kari dan daun limau purut.

Sos Shellout

  • Kemudian, masukkan pula bahan kisar. Tumiskan dan gaul sampai semua bahan sebati.

Sos Shellout

  • Masukkan sotong dulu sebab airnya banyak.

Sos Shellout

  • Bila sotong dah separuh masak, masukkan pula seafood lain. Kacaukan sampai rata. Kalau anda nak rebus seafood asing pun boleh, terpulang pada cara masing-masing.

Sos Shellout

  • Kemudian, taburkan rempah kari. Kacaukan lagi sehingga sebati.

Sos Shellout

  • Bila semua seafood hampir masak, masukkan pula air asam jawa.

Sos Shellout

  • Kemudian masukkan gula Melaka. Nak guna gula kabung pun boleh.

Sos Shellout

  • Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sos Shellout

  • Biarkan lauk Shellout mendidih seketika.

Sos Shellout

Shellout sedia untuk dihidang. Bagi yang suka makan Shellout dengan jagung, bolehlah rebus jagung asing dan nikmatinya bersama.

Senang saja rupanya nak buat sos Shellout ni. Kalau makan di rumah mesti lagi best, bolehlah anda pilih sendiri seafood kegemaran anda.

Pastinya lebih sedap bila anda guna seafood segar yang dibeli sendiri. Tak sabar nak cuba resepi ini di rumah. Keluarga anda pasti sukakannya. Jom cuba!

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

tags: |