Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Payah Beli Sos Spaghetti Bolognese, Buat Sendiri Lebih Segar Dan Sedap, Sesuai Dengan Mulut Melayu!

Tak Payah Beli Sos Spaghetti Bolognese, Buat Sendiri Lebih Segar Dan Sedap, Sesuai Dengan Mulut Melayu!

Kategori:
resepi spaghetti Bolognese

Ada ke yang teringin nak makan Spaghetti Bolognese tapi tidak mahu menggunakan sos dalam tin tu. Kalau teringin anda boleh gunakan resepi kat bawah ini. Resepi ini seratus peratus menggunakan buah tomato dan pastinya rasanya sangat segar dan sedap!

Walaupun rasanya tidak sepekat dan semasam sos Prego tapi ia sangat memuaskan. Dan kalau anda bukan penggemar makanan yang masam-masam anda boleh cuba resepi ini!

Resepi Sos Spaghetti Menggunakan Tomato Segar Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji tomato segar
  • Lain-lain bahan untuk membuat spaghetti
  • Spaghetti

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
  2. Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
  3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
  4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
  5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
  6. Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
  7. Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
  8. Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.
  9. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Spaghetti Aglio Olio’, Ramai Puji Resepinya Sedap Dan Menjadi!

tags: |