Jika ke Padang Besar pastinya ramai dalam kalangan kita yang tidak ketinggalan untuk membeli atau merasai Lockcing dan sosej bakar di sana. Apa yang istimewanya Lockcing di sana adalah sos atau kuahnya. Memang sedap sangat.
Mungkin penjual tersebut berasal dari Thailand, jadi memang betul-betul menjadi. Rasa pedas manis masam secukupnya! Nak cuba buat Sos Thai ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi daripada Nurul Mansor ini. Sekali buat memang betul-betul puas hati. Confirm lepas ni buat lagi.
Cara Buat Sos Thai Lockcing Yang Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:
- 4 biji cili besar
- Segenggam cili padi merah dan hijau (campur je)
- 6 ulas bawang putih
*Kisar bahan di atas ini
- 1 cawan gula
- 1 cawan cuka
- 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Kisar semua bahan kisar kemudian masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali.
- Kacau mendidih. Perlahankan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi ( 1 sudu je).
- Siap untuk dimakan dengan lockcing.
Mudah sahaja kan nak buat Sos Thai ini? Makan dengan Lockcing memang asyik sungguh. Makan dengan Daging Bakar atau Ayam Bakar pun menjadi juga ni. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang dan rasai sendiri keenakannya.
Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Mansor
Baca juga: Viral! Hanya Guna Plastik, Lelaki Tunjuk Cara Paling Mudah Keluarkan Sisa Sos Dari Botol!