Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Soto Johor Bersama Bergedil & Sambal Kicap, Memang Padu!

Resepi Soto Johor Bersama Bergedil & Sambal Kicap, Memang Padu!

Kategori: ,
soto johor

Sedapnya soto johor ni. Lagi-lagi makan bersama bergedil dan sambal kicap. Memang padu! Jom cuba resepi dibawah.

Resepi Soto Johor Bersama Bergedil & Sambal Kicap, Memang Padu!

1) SOTO AYAM

Bahan-bahan untuk soto ayam:

  • rangka ayam(potong kecil)
  • bawang kecil
  • bawang putih
  • halia
  • rempah soto mak siti
  • sedikit lada putih
  • kiub ayam

Cara-cara:

  1. Belender bawang kecil,bawang putih dan halia.
  2. Tumis sehingga naik bau…masukkan rempah soto mak siti.
  3. Dah nak kering masukan rangka ayam, gaul dan masukan air dan kiub ayam, sedikit garam, lada putih dan ajinamoto. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Ayam dah empuk matikan api.

2) SAMBAL KICAP

Goreng atau sangai cili padi bersama bawang putih sehingga layu. Lepas tu blender bersama kicap dan masukan sedikit gula. Blender sehingga halus (saya suka goreng dulu lada tu bagi mengelakkan sakit perut).

3) BERGEDIL

Goreng atau rebus kentang bersama garam sehingga empuk. Tumbuk kentang sehingga halus, masukkan bawang goreng dan daun sup. Gaul sehingga sebati. Bentukkan menjadi bulat2 kecil. Pecahkan sebiji telur, celupkan bergedil tadi dan goreng. Siap!

Makan bersama bahan-bahan lain. Ayam yang dicarik dari soto ayam tadi, daun sup tak dilupakan. Yang paling penting wajib ada, nasi impit.

Sedia untuk dimakan.

Kredit: Dian NurFarah 

 

Baca juga: Cara Membuat Ketupat Lemak Manis, Wajib Ada Setiap Kali Raya

tags: |