Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Bakar Thailand Yang Menyelerakan, Tak Cukup Sepinggan! Cuba Mesti Nak Lagi.

Resepi Sotong Bakar Thailand Yang Menyelerakan, Tak Cukup Sepinggan! Cuba Mesti Nak Lagi.

Kategori: ,
sotong bakar thailand

Menu yang berasaskan lauk sotong memang sangat sedap untuk dinikmati begitu saja. Tak kira digoreng, dijadikan ketupat atau kari, menu sotong ini memang memuaskan. Jadi, tak hairan lah kenapa ianya sering digunakan dalam pelbagai resepi.

Bagi anda yang suka dengan menu yang simple, boleh la cuba resepi sotong bakar thailand yang mudah dan sedap ini. Cuma ikut saja resepi yang dikongsikan oleh Fadhil Hafizi di group Masak Apa Hari Ini. Jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Sotong Bakar Thailand

Bahan-Bahan

  • Sotong saiz besar
  • Segenggam isi udang
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan Sos

  • 10 cili kecil
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos pencicah thai
  • 3 sudu air limau nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos ikan
  • Daun sup atau daun ketumbar

Bahan Tumbuk Untuk Inti

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Serbuk lada putih
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam

Cara-Cara Penyediaan

  1. Cincang isi udang dan gaul dengan telur, bahan tumbuk (bawang putih dan merah), serbuk lada putih, garam dan gula. Tumis sekejap saja.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong. Sumbat dalam 3/4 sotong saja pun dah okay. Kemudian, ambil lidi sate, cucuk untuk tutup sotong dan kepala supaya tak tertanggal.
  3. Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak, hiris kecil-kecil tapi jangan bagi terpisah.
  4. Sediakan dan gaul semua bahan-bahan sos.
  5. Kemudian, curahkan sos tadi keatas sotong yang dibakar. Dah siap untuk dinikmati.

sotong bakar thailand

sotong bakar thailand

sotong bakar thailand

Memang mudah saja nak buat sotong bakar thailand ini. Bila makan ni, nikmatnya tak terkata! Lagi-lagi dengan sos ala Thai itu. Puas hati! Peminat lauk sotong boleh lah cuba resepi ini nanti.

Selamat mencuba.

Kredit: Fadhil Hafizi Stg Tawau via MAHN

Baca Juga: Rasa Masam Manis Pedas Dry Chili Chicken Ini Sangat Sedap, Korang Wajib Cuba!

tags: |