Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sotong Phat Phet Thai Yang Mudah & Sedap

Resepi Sotong Phat Phet Thai Yang Mudah & Sedap

Kategori:
resepi sotong phat phet

Sotong Phat Phet merupakan antara hidangan atau masakan yang berasal dari Thailand. Di Thailand masakan sotong yang sebegini memang disukai oleh orang ramai kerana rasanya yang pedas dan beraroma. Malah kini bukan sahaja di Thailand, di Malaysia juga ia sangat digemari. Sampai ada yang hari-hari nak masak Sotong Phat Phet ini.

Nak menyediakan masakan sotong yang sebegini adalah sangat mudah. Ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini.

Cara Memasak Sotong Phat Phet Thai

Bahan-bahan :

  • 500gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan Kisar : 
  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit air

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
  2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
  3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata. 
  5. Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sotong Phat Phet ini? Hidangan yang sangat enak dan menyelerakan ini cukup membuatkan anda menambah nasi berpinggan-pinggan.

Selamat mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah Via MAHN

Baca juga : Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Dan Menyelerakan, Sekali Hidang Terus Licin!

tags: | |