Selain terkenal dengan budaya tradisi orang Kelantan, pantai yang cantik dan pusat membeli-belah, siapa sahaja yang tidak tahu bahawa Kelantan juga merupakan tempat “syurga makanan”.
Tidak lengkap rasanya kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni kalau tak cuba pelbagai jenis makanan. Mungki disebabkan lokasi geografi Kelantan yang bersebelahan dengan Thailand, banyak makanan menarik yang patut dicuba.
Salah satu resepi yang paling digemari rakyat Kelantan adalah sotong singgang ketuk serai. Resepi ini telah dikongsi oleh Yanee. Nampak sedap sangat walaupun simple je.
Menerusi perkongsian Yanee juga, dia memberitahu bahawa terdapat dua jenis kuah iaitu warna putih dan warna hitam. Bagi yang gemar kuah warna hitam boleh masukkan sekali dakwat sotong tersebut. Untuk kuah yang lebih sedap dan pekat, boleh guna sotong bersaiz besar.
Dah siap sotong singgang ketuk serai kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang ingin mencuba.
Sumber: Yanee