Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Spageti Bawang Putih Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan. Memang Rugi Kalau Korang Tak Cuba

Resepi Spageti Bawang Putih Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan. Memang Rugi Kalau Korang Tak Cuba

Kategori: ,

Spageti merupakan hidangan yang popular di Itali. Ia adalah pasta padat yang panjang dan berbentuk silinder. Terdapat dua jenis spageti yang anda perlu tahu. Yang pertama ialah spageti jenis tebal (spaghettoni) dan yang kedua ialah spageti jenis nipis (spaghettini).

Kini, ramai antara rakyat Malaysia yang mula menggemari spageti. Salah satu reason mengapa mereka suka, mungkin disebabkan oleh cara masakannya yang sangat mudah dan cepat.

Anda semua wajib cuba resepi spageti bawang putih ni! Selain dapat mengenyangkan perut, ia juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan anda. Seperti yang kita sedia maklum, bawang putih sememangnya mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah dapat mencegah penyakit kanser, mencegah demam, menstabilkan gula dalam darah dan sebagainya.

Tunggu apa lagi? Jom cuba resepi ni sekarang!

Cara Penyediaan Spageti Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • Daun bawang
  • 1 sudu kecil cili merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 100g spageti
  • 2 sudu besar mentega

Bahan minyak bawang putih:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan Spageti Goreng Dan Bawang Putih:

  1. Hiris nipis 3 ulas bawang putih dan letakkan di dalam mangkuk.
  2. Cincang halus 2 ulas bawang putih dan kemudian hiris daun bawang kecil-kecil.
  3. Sediakan mangkuk, campur cili merah, garam, kicap, sos tiram dan gaul rata.
  4. Untuk buat minyak bawang putih, goreng bawang putih yang dihiris dalam minyak masak hingga keperangan. Kemudian, asingkan minyak dan bawang putih.
  5. Didihkan air dan masukkan spageti selama 7 minit (lanjutkan masa jika spageti masih keras).
  6. Kemudian toskan spageti dan letakkan ke dalam mangkuk.
  7. Masukkan 1 sudu besar minyak bawang putih dan gaul sehingga rata.
  8. Cairkan mentega. Kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
  9. Masukkan spageti dan sos kemudian tumis sebentar hingga spageti sebati dengan sos.
  10. Pindahkan ke dalam pinggan, taburkan hirisan daun bawang, bawang putih goreng dan 1 sudu besar minyak bawang putih. Done!

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi spageti bawang putih. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang untuk masak makanan yang ringkas dan cepat untuk sahur nanti. Selamat mencuba!

Kredit: David Junior

Baca juga: Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese Yang Simple, Satu Family Suka! Cepat Dan Sedap!

tags: