Spaghetti merupakan makanan barat yang sering dihidangkan di kafe-kafe dan restoran berkonsep barat. Namun tak semua orang menggemarinya. Ini kerana sos bolongnese atau carbonara yang dihidangkan bersama mempunyai rasa yang masam dan memuakkan.
Oleh itu, terdapat beberapa variasi spaghetti yang anda boleh cuba untuk menepati dengan selera orang Malaysia. Antaranya adalah resepi spaghetti sardin yang telah dikongsikan oleh Nor Asfa Hassan Basri di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Cara Buat Spaghetti Sardin, Kena Dengan Selera Orang Melayu. Mudah Sahaja Nak Buat Di Rumah!
Bahan-bahan
- Spaghetti – boleh guna jenis ini
- Air
- Minyak zaitun
- Sedikit garam
- Sardin tin – dapatkan jenama ini untuk rasa yang lebih sedap
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kecil
- Cili besar
- Gula
- Serbuk perasa
Cara penyediaan
- Rebuskan spaghetti dengan air yang direbus bersama sedikit minyak zaitun dan garam. Masak mengikut arahan pada pek. Angkat dan toskan bila masak.
- Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili kecil dan cili besar sehingga lumat.
- Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.
- Kemudian, letakkan sos ikan sardin tin, sebatikan dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa sehingga menepati citarasa masing-masing. Masukkan sedikit air.
- Tambahkan isi ikan sardin dan hancurkan ikut suka.
- Letakkan spaghetti yang telah dimasak tadi, gaul sehingga sebati. Kalau masih kurang rasa, boleh perasakan lagi.
- Siap untuk dihidangkan.
Hidangan spaghetti sardin ini nampak sungguh menyelerakan. Cara penyediaan yang sangat ringkas, tentu sesuai sangat dengan citarasa orang Malaysia. Yang penting tak cepat muak bila makan.
Jom cuba resepi ini sekarang!
Kredit: Nor Asfa Hassan Basri di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ingin Cuba Hidangan Yang Menarik & Unik? Jom Cuba 4 Resepi Pasta Yang Enak Dengan Menggunakan Balducci Pasta