Memandangkan rakyat Malaysia terlampau suka akan masakan daripada negara Thailand, maka Daily Makan bawakan khas kepada anda semua di luar sana resepi sup daging ala Thai. Sup daging ala Thai memang lain daripada yang lain.
Tidak seperti sup daging yang biasanya di Malaysia ini. Daripada segi rasa dan teksturnya semua berbeza. Begitu juga dengan sup ayam negara Thai ini, sangat berbeza dengan sup ayam di Malaysia. Nak tahu apa yang membezakannya? Jom kita masak dulu.
RESEPI SUP DAGING ALA THAI
Bahan-bahan:
- 1 kg daging
- 5 ulas bawang putih*
- 8 ulas bawang merah*
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 4 batang serai diketuk
Cara Penyediaan:
- Semua bahan yang bertanda* dipotong halus.
- Rebus daging sampai empuk, kemudian masukkan bahan-bahan yang dipotong halus.
- Tambahkan air. Apabila dah mendidih masukkan kentang, carrot, batang saderi, bawang holland dan sedikit lada (kalau suka).
- Kemudian masukkan garam, gula dan aji. Perahkan limau kasturi (jangan lupa).
- Siap untuk dihidangkan.
RESEPI SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
- Segenggam lada
- Kicap agak-agak
- Garam
- Gula
Cara Penyediaan:
- Tumbukkan lada dan masukkan garam dan gula.
- Perahkan air limau kasturi, masukkan kicap dan gaul sebati.
- Siap
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Azliana Ahmad
Baca juga: Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!