Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Musim Hujan Ni Sedap Makan Sup, Jom Buat ‘Sup Tauhu Jepun Bercendawan’ Ni, Nikmat Sangat!

Musim Hujan Ni Sedap Makan Sup, Jom Buat ‘Sup Tauhu Jepun Bercendawan’ Ni, Nikmat Sangat!

Kategori: ,
resepi sup tauhu jepun bercendawan

Musim tengkujuh sudah hampir tiba. Dan di kala musim sejuk ini pasti enak kalau dapat menghirup semangkuk sup yang sedap dan menyelerakan. Ini ada resepi sup tauhu jepun bercendawan. Rasanya sangat luar biasa. Pasti nikmat di makan ketika musim hujan. Makan pula dengan cili potong siram kicap cair. Lepas tu hirup kuah dia. Fuhh nikmat tak terkata!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 batang tauhu jepun
  • Cendawan
  • 1 ulas bawang kecil *hiris
  • 3 ulas bawang putih *hiris
  • 1 inci halia *hiris
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 4 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • Daun bawang *hiris
  • Air
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong tauhu. Jangan nipis sangat. Nanti hancur time goreng. Gaul tauhu dengan tepung jagung. Gaul gitu je takyah letak air.
  2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Lepas tu angkat.
  3. Tumis bebawang hingga naik bau.
  4. Masukkan 2 gelas air. Masukkan kiub untuk menambah kesedapan dan kenikmatan.
  5. Masukkan serbuk blackpepper untuk letusan pedas panas masa sup berlalu perlahan di tekak.
  6. Masukkan sos tiram untuk mantapkan lagi rasa. Sos tiram brand ape pun takpe. Janji sos tiram, bukan sos cili.
  7. Masukkan cendawan, kacau jap dan masukkan telur yang dah dipukul. Sambil masukkan, sambil kacau.
  8. Dah menggelegak, masukkan telur yang dah dipukul bertalu talu tanpa belas kasihan. Sambil tu kacau laju laju.
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung lebihan salutan tauhu yang kita goreng tadi. Kalau takde lebih, tmbh je la tepung jagung yang baru.
  10. Dan gelegak, tutup api. Masukkan tauhu goreng tadi. Kacau pelan pelan sekacau jiwa mu yang tak tenteram tengok orang lain lebih sikit.
  11. Masukkan hirisan daun bawang yang tak berdosa kerana bawang dah jadi makcik yg suka mengumpat. Bawang tak bersalah sebenarnya. Mereka mangsa keadaan.
  12. Maka hidangkanlah penuh kasih mesra untuk hidangan bersama keluarga. Cendawan tu bagi samarata. Jangan ade yg bergaduh pulak sebab ambik cendawan banyak.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Eida Ilham Via MAHN
tags: | |