Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Sup Tulang Alai Thai Yang Simple Tapi Power, Makan Hingga Menjilat Jari

Resepi Sup Tulang Alai Thai Yang Simple Tapi Power, Makan Hingga Menjilat Jari

Kategori: ,

Hari ini Daily Makan bawakan khas kepada anda resepi sup tulang alai thai yang simple tapi power. Sangat sedap. Makan hingga menjilat jari. Sup tulang ini boleh dimakan ketika berbuka puasa, sahur, makan tenghari dan juga makan malam. Jom kita cuba buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang (direbus dengan halia, lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4, bunga lawang, kulit kayu mnis, buah pelaga sehingga empuk)
  • Bawang putih 6,7 ulas |tumbuk lumat
  • Bawang besar sebiji |belah 4
  • Daun limau purut
  • Cabai melaka 3,4 biji
  • Serai 2,3 batang |ketuk
  • Tomato sebiji |belah 4
  • Asam limau sebiji |ambik air
  • Sos ikan 2,3 sudu
  • Garam
  • Aji nomoto

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang putih smpai kuning, msukkan bahan2 lain. Masak bagi layu daun limau purut.
  2. Lepastu letak bahan ni dalam sup yang direbus tadi. Bagi empuk daging dulu baru letak bahan ni.
  3. Apabila daging dah empuk masukkan tomato, masukkan air asam limau, sos ikan. Kemudian perasakan dengan garam dan aji.
  4. Last sekali masukkan batang saderi.
  5. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Noorlela Hasri‎

Baca juga: Takutnya! Pressure Cooker Meletup, Lelaki Ini Seperti Di Simbah Asid

tags: |