Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Tauhu Telur Berlada, Rasa Sedap Lain Dari Yang Lain & Sesuai Dengan Citarasa Orang Malaysia

Ini Resipi Tauhu Telur Berlada, Rasa Sedap Lain Dari Yang Lain & Sesuai Dengan Citarasa Orang Malaysia

Kategori: ,
Tauhu Telur Berlada

Lauk tauhu telur antara menu makan tengahari atau malam yang paling ringkas untuk disediakan. Selalunya ia digoreng bersama sos tiram; ; lebih kurang sama dengan cara ‘Chinese style’.

Tapi bagi korang yang sukakan pedas, di sini kami kongsikan resepi tauhu telur berlada yang telah diolah oleh Roha Adrinna di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sangat!

Ini Resipi Tauhu Telur Berlada, Rasa Sedap Lain Dari Yang Lain & Sesuai Dengan Citarasa Orang Malaysia

Bahan-bahan:

  • 2 paket tauhu telur (dipotong)
  • Ikan bilis (digoreng sehingga garing)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 8 biji cili api
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Salut tauhu telur dengan tepung jagung dan goreng dengan minyak yang panas sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan. Tauhu Telur BerladaTauhu Telur Berlada Tauhu Telur Berlada Tauhu Telur Berlada
  2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili api dan tomato sehingga hancur menggunakan pengisar. Tauhu Telur Berlada
  3. Dalam kuali, tuangkan sedikit minyak masak dan bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, tambahkan air asam jawa, gula, garam dan sedikit air. Gaul sehingga sebati. Tauhu Telur Berlada
  5. Setelah kuah berlada sudah siap masak dan pekat, sedia untuk dituangkan.  Tauhu Telur Berlada Tauhu Telur Berlada
  6. Letakkan tauhu telur yang digoreng tadi bersama ikan bilis. Kemudian, tuangkan kuah berlada dan sedia untuk dinikmati.

Dah siap lauk tauhu telur berlada ini. Memang pedas dan sesuai bagi korang yang sukakan makanan yang pedas. Buat banyak-banyak terus habis licin!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Roha Adrinna

Baca Juga: Tak Perlu Beli Dah, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri. Boleh Diguna Dalam Pelbagai Resepi

tags: | |