Telur dadar menjadi menu yang wajib bagi segelintir orang. Murah dan mudah untuk disediakan, pelbagai bahan boleh ditambah untuk menyedapkannya. Tambahan pula, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memasaknya.
Selain digoreng sehingga nipis dan rangup, kedai makan dan restoran makan tengah hari juga menyediakan telur dadar tebal dan gebu. Selalu cepat habis, di sini kami ingin berkongsi resepinya yang telah diolah oleh Khairul Hakimin Muhammad. Jom baca untuk ketahui caranya.
Resepi Telur Dadar Tebal & Gebu, Sama Dengan Kat Kedai! Memang Sedap
Bahan-bahan
- 10 biji telur ayam ikut gred pilihan anda
- 1/2 cawan susu cair
- 2 biji bawang besar India
- 2 biji cili merah
- 1 cekak daun kucai
- 1 sudu serbuk penaik
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
Cara-caranya
- Bersihkan kesemua kulit telur yang akan digunakan. Pecahkan dalam satu bekas. Ketepikan.

- Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.

- Masukkan dalam bekas telur tadi.

- Gunakan pemukul belon (whisk) yang ada dan pukul adunan telur.

- Sambil pukul adunan telur boleh tambahkan susu cair. Pukul lagi sehingga kembang.

- Kemudian, masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam.

- Panaskan kuali Tefal (boleh dapatkan di sini) atau kuali non stick pan yang ada. Tak perlu minyak masak.

- Guna api yang kecil.

- Masukkan adunan telur tadi dalam kuali.

- Kemudian, tutup dengan penutup periuk yang ada.

- Dalam 10 minit, buka penutup dan lihat telur dadar kembang lawa. Ambil sudu atau garfu (seeloknya yang kayu supaya kuali tidak tercalar), kuis-kuis dia kat tengah untuk bagi lubang. Tutup semula dengan penutup. Kalau hebat boleh tebalikkan. Dalam 10 minit dah boleh siap.

- Sedia untuk dinikmati.

Dah siap hidangan telur dadar tebal kita kali ini. Dijamin ia lembut dan gebu di dalam, makan sebijik terus kenyang perut.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga