Bulan puasa ni memang ramai yang mengidam nak makan macam-macam nanti berbuka kan?
Memandangkan tak boleh nak keluar sesuka hati, mesti kita cari resepi yang paling senang nak buat sendiri di rumah.
Nah, resepi tepung pelita ini untuk anda! Sebab resipi sangat mudah untuk diikuti. Yang penting, tak perlu pengukus pun tapi tetap sedap dan wangi!
RESEPI TEPUNG PELITA
Bahan-bahan untuk lapisan bawah(hijau):
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan gula pasir
- 1 cawan air pandan (3 helai daun pandan dan air kisar dan ditapis)
- 5 cawan air
- Pewarna hijau
Cara-caranya:
- Campur semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk. Pastikan tiada ketulan tepung.
- Masak atas api. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.
- Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup. Kat sinilah memerlukan tenaga abam sado.
- Kemudian tuang ke dalam acuan semasa masih panas ye. Kena cepat sebab adunan sangat cepat mengeras. Nak lagi cantik, ketuk² sikit bekas yang digunakan. Saya agak tak berapa rajin di sini.
Bahan-bahan untuk lapisan atas(putih):
- 2 cawan tepung beras
- 6 cawan santan (daripada 2 kotak santan)
- 2 sudu gula
- Sehelai daun pandan
- 1 sudu garam
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan sampai sebati. Pastikan tiada ketulan tepung. Kemudian tapis ke dalam periuk. Masak atas api.
- Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Sila gunakan tenaga sado yang ada di rumah ye. Tutup api jika dah meletup-letup.
- Masukkan ke dalam bekas yang telah kita masukkan lapisan hijau tadi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh nikmati panas atau sejuk.
Kredit: Nadia Sulaiman
Selamat mencuba gais!