Masakan Korea sangat terkenal dengan pelbagai hidangan sampingan. Selalunya orang ramai cuma mengenali Kimchi. Ini kerana makanan tersebut sering ditayangkan dalam pelbagai rancangan namun masih banyak hidangan sampingan yang perlu anda cuba.
Antaranya adalah terung kukus ala Korea atau lebih dikenali sebagai Gaji-Namul. Hidangan ini mudah sahaja untuk disediakan dan tidak perlu diperap dalam jangka waktu yang lama. Ia juga dikukus jadi dan bahan-bahannya sangat mudah untuk didapati. Nak tahu cara untuk menyediakannya? Ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Zura Khir.
Terung kukus ala Korea ini mudah sahaja untuk disediakan. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati dan cara masaknya sangat ringkas dan mudah. Tak perlu perap terlalu lama, kukus dan sediakan sosnya sahaja, terus siap untuk dinikmati. Sangat mudah.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Zura Khir
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Hotteok atau Sweet Korean Pancake Yang Enak, Rupanya Mudah Sahaja Untuk Disediakan