Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!

Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!

Kategori: ,,
bawang putih jeruk

Biasanya, untuk menambahkan selera makan, sesetengah orang memang menyukai cili jeruk kerana rasa yang masam membuatkan makanan yang dimakan bersama bertambah sedap. Makanan berjeruk memang akan meningkatkan selera makan.

Tetapi, selain cili jeruk, bawang putih jeruk juga memang sedap kerana kerangupannya yang lebih rangup. Bawang putih biasanya dimakan bersama nasi kerabu, tetapi, kalau cuba makan dengan nasi biasa pun sedap, apatah lagi makanan berkuah! Cubalah.

Untuk buat cili jeruk pun amatlah mudah. Nak cuba buat sendirii? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya.

Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!

Bahan-Bahan:

  • 20 labu bawang putih
  • 1 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula
  • 5 sudu garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan air, garam, gula, ke dalam periuk.
  2. Masak campuran itu hingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan bawanng putih dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
  5. Jika simpan dalam peti sejuk, bawang putih jeruk dapat bertahan selama 2 bulan . Tetapi, jika letak di luar iannya boleh disimpan selama 2 minggu.

Tips: Selain simpan dalam peti sejuk, gunakan sudu yanng bersih untum mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang iini dapat bertahan lama. Jangan sesekali menggunakan tangan untuk mengambil bawang dalam kuah jeruk berkenaan.

bawang putih jeruk bawang putih jeruk bawang putih jeruk bawang putih jeruk

Dah siap buat, bolehlah makan bersama mana-mana hidangan. Memang kecur air liur bila tengok kuahnya. Jangan lupa tips di atas. Letak dalanm peti sejuk dan ambil bawang putih jeruk menggunakan sudu, jangan sesekali guna tangan.

Dan, pastikan sudu yang digunakan itu bersih ya. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Masakan Kelate / Makcik Manggis

Baca Juga: Resepi Ayam Percik Guna Air Fryer, Paling Senang Tapi Rasa Seakan Bakar!

tags: | |