Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tomyam Ayam Ala Thai Paling Tersedap Setakat Ini, Wajib Ada Bahan Ini Barulah Pekat, Likat Dan Umphh!

Resepi Tomyam Ayam Ala Thai Paling Tersedap Setakat Ini, Wajib Ada Bahan Ini Barulah Pekat, Likat Dan Umphh!

Kategori:
resepi tomyam ayam ala thai

Tomyam merupakan antara masakan yang sangat popular di Thailand. Malah rakyat Malaysia sendiri sangat menyukai Tomyam Ala Thai. Kali ini kami bawakan anda resepi Tomyam Ayam Ala Thai yang paling tersedap. Resepi ini dikongsi oleh Fatimah Saari di laman facebook. Nak buat Tomyam Ayam Ala Thai ini wajib ada pes tomyam thai macam gambar dekat bawah ini. Barulah menjadi. Pekat, likat dan sememangnya sangat umphhh!

Resepi Tomyam Ayam Ala Thai Paling Tersedap Setakat Ini, Wajib Ada Bahan Ini Barulah Pekat, Likat Dan Umphh!

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 3 batang serai | dititik
  • 1 inci lengkuas | dititik
  • 1 inci halia | hiris nipis
  • Cili padi | 8-10 biji
  • Akar ketumbar
  • 3 sdb pes tomyam Thai
  • 2 biji limau | perah dan ambil airnya
  • 4 cawan air
  • Ayam | potong kecil-kecil

Bahan B:

  • Cendawan
  • Lobak
  • Bunga kubis
  • Brokoli
  • Tomato
  • Bawang | potong dadu
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak ar sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam, akar ketumbar dan kacau sebati.
  3. Selepas 2 minit masukkan ayam dan tutup periuk dan biarkan ayam sedikit empuk. Lebih kurang 6-8 minit.
  4. Kemudian buka penutup dan masukkan bahan B dan tambahkan air kalau nampak kurang.
  5. Masukkan air perahan limau dan garam.
  6. Tunggu sampai sayur sedikit lembut dan boleh tutup api.
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Fatimah Saari Via MAHN

Baca juga: Cara Rahsia Buat Tomyam Tanpa Pes Tapi Rasanya Tetap Sedap Dan Menyelerakan, Segar Daripada Bahan-Bahan Semulajadi!

tags: |