Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Tomyam Paling Kaw! Confirm Tak ‘Fail’ Masak Tomyam Cara Ni

Wanita Ini Kongsi Resepi Tomyam Paling Kaw! Confirm Tak ‘Fail’ Masak Tomyam Cara Ni

Kategori: ,
resepi tomyam

Ini dia resepi tomyam pok tek atau tomyam paling kaw. Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Wan Nur Dalila. Bagi sesiapa yang asyik fail masak tomyam, boleh rujuk resepi kat bawah ini. InshaAllah menjadi!

BAHAN-BAHAN:

  • Sedikit minyak masak utk menumis
  • 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • * 1 biji bawang holand dikisar,1/2 biji bawang         holand dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 2-4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • 1 biji limau nipis
  • 5 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • 1/2 batang lobak merah
  • 7 keping cendawan tiram
  • 1/2 mangkuk kecil sos cili
  • 1/2 mangkuk kecil kicap sotong
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 2/3 mangkuk kecil santan
  • 1 ketul dada ayam ( kalau campur tengkuk dan kaki ayam lg best)
  • 4 ekor sotong
  • Udang ikut suka
  • Lala ikut suka

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus lauk-lauk secara berasingan dgn air yang paras lauk je. Untuk lauk seafood jangan rebus lama sangat tau, dah mndidih tutup api. Untuk ayam ,rebus biar betul-betul daging ayam masak.
  2. Tumis bawang putih dan semua bawang holand hingga garing dan naik bau
  3. Ramas daun limau purut dan masukkan
  4. Ketuk serai dan lengkuas, masukkan
  5. Hiris tomato dan masukkan (akak x letak tomato sbb tomato dh abis?,akak lebihkn limau nipis)
  6. Ketuk cili padi dan masukkan
  7. Masukkan pes tomyam
  8. Bila bahan2 dh naik minyak,masukkan setiap air rebusan
  9. Masukkan hirisan lobak merah
  10. Masukkan lauk2 satu persatu bermula dgn ayam dan di akhiri dgn udang
  11. Bila dah mendidih,masukkan sos cili dan kicap sotong
  12. Perah limau nipis
  13. Masukkan cendawan tiram dan santan
  14. Bila nampk cendawan hampir lembut,masukkan daun ketumbar
  15. Siap untuk dihidangkan

Nota: Air rebusan lauk tu jangan banyak sangat nanti tak best.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Wan Nur Dalila

tags: |