Tomyam santan adalah dua kali ganda lebih sedap berbanding tomyam biasa. Kerana rasanya yang kaw dilengkapi pula dengan rasa lemak berkrim santan memang terbaik! Resepi tomyam santan ini di kongsi oleh Hafiz Rahman.
1. Panaskan minyak dan tumis setengah pek tomyam. Lagi setengah pek simpan dulu.
2. Bila dah pecah minyak, masukkan tulang ayam, kepala udang, serai lengkuas, akar daun ketumbar. Jangan lupa basuh bersih akar daun ketumbar. Itu secret ingredient nak bagi tomyam lagi sedap.
3. Bila dah kesemua tu gaul sebati, letak santan. Separuh kotak pun dah cukup.
4. Gaul kan sebati. Biarkan seketika. Kemudian masuk kan air dan biar kan ia mendidih.
5. Selepas mendidih baru lah boleh letak bahan-bahan yang lain seperti udang, ayam dan sotong tadi. Dan jangan lupa daun limat purut dan perahan limau nipis. Kalau sukakan lagi masam, boleh perah lagi banyak. Lagi separuh baki pes tomyam tu, masa ni boleh letak. Dan sebelum tutup api, perasakan dengan garam dan gula.
6. Siap untuk dihidangkan.
Sumber : Hafiz Rahman
Baca juga :Ini Cara Mudah Buat Biskut Coklat Nestum Yang Crunchy, Sekali Rasa Nak Lagi