Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tomyam Udang Yang Sedap & Berlemak. Guna Tips Ini Baru Cepat Dan Menjadi!

Resepi Tomyam Udang Yang Sedap & Berlemak. Guna Tips Ini Baru Cepat Dan Menjadi!

Kategori: ,,
tomyam udang

Tomyam merupakan antara masakan atau hidangan yang cukup popular di Malaysia walaupun ianya berasal dari Thailand. Sebut sahaja tomyam, pasti ramai yang mengenali dan tahu apa rasanya. Selain mempunyai pelbagai warna, tomyam juga turut mempunyai pelbagai jenis.

Sama ada Tomyam Ayam, Tomyam Daging, Tomyam Campur atau Tomyam Seafood. Segala jenis tomyam ini memang enak dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi kalau versi asli Thailand, berlemak gitu. Oh ya, ada lagi yang lebih sedap iaitu Tomyam Udang ini. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Tomyam Udang Asli Thailand Yang Padu

Bahan-bahan:

  • Pes tomyam Madam
  • Pes tomyam Maepraenom
  • Bawang besar
  • Serai
  • Batang seleri
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar Thai
  • Udang
  • Cendawan onaki / apa-apa sayur yang anda suka
  • Cili api
  • Sedikit gula
  • Sos nampla

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Apabila air dah mendidih, masukkan semua bahan rencah kecuali batang seleri daun limau purut dan daun ketumbar. 
  3. Kemudian masukkan gula, sos nampla dan pes tomyam Madam, pes tomyam Maepraenom. 
  4. Kacau semua sampai mendidih. Rasa dahulu macam mana. 
  5. Kalau nak masam lagi boleh perahkan asam limau. 
  6. Kemudian masukkan cendawan enoki dan daun limau purut. 
  7. Kalau nak pedas boleh tabur cili flakes. 
  8. Akhirnya sekali masukkan daun ketumbar. Kalau suka yang berlemak, selepas tutup api tu masukkan susu cair atau santan ya.  Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Tomyam Udang ini? Kalau makan dengan nasi putih dan telur dadar pasti menambah berpinggan-pinggan nasi ni. Lebih-lebih lagi kalau gunakan udang yang segar, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan LuQman

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Nasi Goreng Tomyam Kaw’ Yang Super Duper Sedap! Buat Air Liur Meleleh Sungguh

tags: | |