Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Tradisional Kerabu Pucuk Paku Kerang, Rasa Masam Manis Makan Dengan Nasi Memang Tambah Selera Makan

Resipi Tradisional Kerabu Pucuk Paku Kerang, Rasa Masam Manis Makan Dengan Nasi Memang Tambah Selera Makan

Kategori: ,
kerabu pucuk paku kerang

Hidangan kerabu sememangnya hidangan pembuka selera dengan rasa masam, pedas dan sedikit manis. Ia memang sedap kerana campuran rasa sebegitu sememangnya membangkitkan aroma. Ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar hinggakan makan begitu saja sudah sedap.

Jadi, hari ini kami ingin kongsikan resepi kerabu pucuk paku kerang pilihan ramai yang dikongsi oleh Nor Shuktiani ni. Memang menjadi rasanya. Nak makan ratah sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi pun boleh.

Jom buat kerabu pucuk paku kerang ni sama-sama!

Resepi Tradisional Kerabu Pucuk Paku Kerang, Rasa Masam Manis Makan Dengan Nasi Memang Tambah Selera Makan

Bahan-Bahan:

  • 5 batang serai*
  • 2 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 10 biji cabai melaka*
  • 1 inci lengkuas*
  • 4 sudu besar kerisik*
  • 1 inci belacan*
  • 1 genggam nyoq putih*
  • 2 besar ibu jari asam jawa – buat jus untuk blend*
  • 2 biji limau nipis
  • gula, garam
  • serbuk perasa
  • 1/2 kg pucuk paku
  • 2 biji buah pelam muda
  • 1 kg kerang – direbus tanpa air
  • 1 labu bawang besar mayang halus
  • 2 biji cabai besar mayang halus

Cara Penyediaan:

  1. Blend kesemua bahan bertanda * dengan sedijkit air asam jawa.
  2. Buah pelam muda disagat nipis-nipis.
  3. Pucuk paku direbus dan tos.
  4. Gaulkan bahanblend bersama pucuk paku + buah pelam muda + kerang + bawang besar + cabai + besar mayang + gula + garam + perahan air limau nipis + serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Siap!
  5. Selamat mencuba!

kerabu pucuk paku kerang kerabu pucuk paku kerang kerabu pucuk paku kerang

Siap sudah kerabu pucuk paku kerang kita. Hidangan tradisional dengan campuran lauk kerang bersama rasa masam-manis memang rugi kalau tak cuba. Makan dengan nasi panas-panas, berlaukkan ikan goreng pun dah sedap boleh bertambah nasi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati!

Sumber: Nor Shuktiani

Baca juga: Ini Yang Korang Perlu Tahu, Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Betul

tags: | |