Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Berempah Yang Lazat dan Menyelerakan, Rugi Tak Cuba!

Resepi Udang Berempah Yang Lazat dan Menyelerakan, Rugi Tak Cuba!

Kategori: ,

Kadang-kadang tekak ni teringin juga nak makan udang. Kalau nak beli yang dah siap dimasak di kedai bukan main mahal harganya. Dalam sepinggan tu pun dapat berapa ketul saja.

Kalau nak makan puas-puas kenalah masak sendiri. Kalau dah alang-alang memasak tu, kita mestilah nak sediakan lauk istimewa yang sesuai dengan rasa isi udang yang segar dan manis.

Agak-agak lauk apa yang best untuk masak udang di rumah?

Kalau tak ada idea nak masak apa dengan udang yang dah dibeli, apa kata hari ni kita sediakan udang berempah yang lazat dan cukup rasa pedas dan manis.

Nampak saja rumit tapi sebenarnya senang sangat-sangat untuk sediakannya. Sekali tengok macam lauk orang kahwin!

Keluarga pasti suka dengan rasa hidangan yang cukup ringkas tapi sedap ni. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Natasya Qalisya.

udang berempah

Resepi Udang Berempah Yang Menyelerakan, Mesti Bertambah Nasi!

Bahan-Bahan :

  • 1/2 kg udang
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan rempah kari babas ayam/ikan
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap ABC
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit garam & perencah secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau sampai sebati dan tumis seketika.
  3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering.
  4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak.
  5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.
  6. Padamkan api dan udang masak berempah sedia untuk dihidangkan.

Mudah saja rupanya untuk sediakan hidangan udang masak berempah yang lazat dan menyelerakan. Pasti membuka selera seisi keluarga. Selamat mencuba!

Sumber : Natasya Qalisya

tags: