Pada perkongsian kali ini saya akan kongsikan resepi udang butter milk dan cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Ianya sangat sedap apabila di masak sempurna dengan kuah pekat yang cukup lemak, masin, dan manis. Hmmm, marvellous. Tambahan lagi, memiliki bau aroma daun kari yang boleh memukau selera orang ramai. Resepi ini adalah sangat sesuai untuk hidangan sekeluarga.

Resepi Udang Butter Milk

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang besar dalam 10 ekor
  • Serbuk kunyit/garam
  • 3-4 batang daun kari
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Bawang besar dihiris dadu
  • 4-5 biji cili padi (ikut citarasa masing2)
  • Setengah tin susu cair
  • Sedekit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara penyediaan & masakan:

  1. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit. gorengkan sampai udang masak. Jangan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna
  2. Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan better
  3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau
  4. Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air
  5. Bubuh udang, garam dan gula atau susu pekat. Letak banyak biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda

Kredit: Rasa.my

2/5 (1 Review)
(This post has been visited 11 times!)