Udang lobster merah scampi ialah makanan barat yang menggunakan perasa Itali yang membuatkan rasanya lazat. Siapa penggemar udang, kita geng! Walaupun kecil tapi sedap kalau dimakan dengan nasi atau ratah je.
Kebiasaannya udang diletakkan dalam mihun atau spageti dan banyak resepi berkuah yang kita boleh cuba. Contohnya, udang lobster merah scampi. Makanan barat yang mudah untuk kita cuba. Sedap pun sedap kalau kena dengan tekak.
Resepi Udang Lobster Merah Scampi
Bahan-bahan:
- 1 paun udang sederhana, dikupas dan dikeringkan
- 1 sudu besar minyak zaitun tulen
- 2 sudu besar bawang putih, dicincang halus
- 1/2 lemon segar, jus sahaja
- 1 sudu teh perasa Itali
- 1/2 cawan mentega lembut
- 1 sudu besar pasli
- 1/2 cawan keju parmesan parut
Cara Buat
- Panaskan kuali besi, tuang dan masukkan minyak zaitun
- Masukkan udang dan masak sehingga empuk dan tidak lagi lut sinar, kemudian kecilkan api. Keluarkan udang dan ketepikan.
- Masukkan bawang putih dan masak selama 2 hingga 3 minit. Jangan biarkan bawang putih menjadi perang, ia akan menjadikannya pahit.
- Masukkan perasa Itali. Kecilkan api dan masukkan mentega. Jika kuali terlalu panas, mentega akan terpisah.
- Masukkan udang kembali ke dalam sos, masukkan pasli, dan perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Taburkan dengan keju Parmesan parut.
Mungkin beberapa seperti perasa Itali perlu dicari dan beli kerana tidak selalu bahan ini ada di rumah. Selain daripada itu, kesemuanya adaalah bahan masak di rumah. Jika anda sudah tersedia kesemua bahan untuk masak udang lobster merah scampi ini bolehlah cuba.
Selamat mencuba!
Kredit: keyingredient.com
Baca juga: Ini Resepi Udang Sweet & Sour Yang Sedap! Para Suami Boleh Cuba Untuk Menambat Hati Isteri.