Hari ini saya nak share resepi udang masak lemak yang simple dan enak dinikmati bersama seisi keluarga. Cara memasak udang masak lemak ini adalah sangat mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan juga senang didapati di pasaraya yang berdekatan. Jom ikuti resepi berikut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10-15 ekor udang (ikut suka)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 kotak santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 3 sudu minyak
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit serbuk perasa

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana)
  • Kunyit hidup 1 ruas jari kelingking (boleh guna serbuk kunyit)
  • Halia 1 ruas ibu jari

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi termasuk serai sampai naik bau.
  2. Kemudian, tuangkan air. Biarkan sampai mendidih, yang guna serbuk kunyit boleh masukkan serbuk kunyit masa ni.
  3. Apabila dah mendidih masukkan santan, asam keping, garam dan gula sekucup rasa serta sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan udang. Masak seketika.
  5. Bila udang dah masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

P/S: Jangan masak udang terlalu lama, nanti boleh jadi liat.

Mudah kan? Selamat mencuba!

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 35 times!)