Hari ini saya kongsikan resepi udang masak merah. Memang sangat mudah dan cepat. Hidangan ini juga boleh dijadikan kuah untuk menambah selera seseorang dan kuahnya juga boleh dimakan dengan hidangan yang lain seperti ayam goreng ataupun ikan goreng mengikut selera. Berikut merupakan cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300 gram udang harimau – lumur garam kunyit
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 sudu besar cili sos
  • 1 1/2 sdm gula
  • 1 sdt garam
  • Sedikit serbuk perasa

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ibu jari halia

Cara-cara penyedian & memasak:

  1. Goreng udang separuh masak dahulu dan letakkan ia ketepi(mengikut citarasa boleh juga jika tidak digoreng)
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar pada api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Masukkan juga sedikit air dan kacau sehingga rata.
  5. Setelah kuah keluar minyak, masukkan udang dan kacau seketika.
  6. Untuk hiasan, boleh hiris bawang besar dan taburkan, kacau hingga layu
  7. Hidangan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 4 times!)