Pada resepi kali ini saya akan kongsikan resepi udang masak sos tiram dan cara-cara penyediaan. Jika sudah biasa masak udang masak merah, udang sambal dan macam-macam lagi, kali ini cuba pula resepi masak sos tiram hitam pekat likat. Sos tiram memperkayakan lagi rasa setiap hidangan dan menaikkan rasa semulajadinya sekaligus. Sos tiram memberi hasil warna dan kilauan yang cantik pada masakan. Caranya sangat mudah dan enak disajikan dengan nasi.

Resepi Udang Masak Sos Tiram

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1kg udang
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 2 inci
  • Cili padi/cili besar (potong)
  • Sos tiram 4-5 sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar dan perasa
  • Masukkan udang, dan cili, gaul biar sekata

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Udang yang dah bersih digaul dengan garam dan kunyit kemudian goreng garing, toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia yang dikisar bersama hingga wangi, masukkan sos tiram dan sos tomato.
  3. Masukkan kacang panjang/jagung muda/carrot, tumiskan hingga agak pekat dan tambah perasa.
4/5 (1 Review)
(This post has been visited 35 times!)