Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Masak Tempoyak

Resepi Udang Masak Tempoyak

Kategori: ,
Resepi Udang Masak Tempoyak

Bagi penggemar tempoyak, hari ini saya bawakan satu resepi udang yang berasaskan tempoyak. Pada yang belum pernah mencuba resepi ini lagi mari ikuti saya dalam penyedian resepi udang masak tempoyak yang sedap sehingga boleh menjilat jari.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi
  • 3-5 sudu tempoyak
  • Air
  • 1-2 helai daun kunyit
  • Garam
  • Sedikit kunyit hidup

Cara-cara penyedian & memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat
  2. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk beserta air secukupnya
  3. Masukkan tempoyak dan kacau rata
  4. Biarkan sehingga air mendidih
  5. Setelah itu, masukkan udang ke dalam didihan tadi
  6. Masukkan daun kunyit  dan garam secukup rasa

P/S: Jangan biarkan udang masak terlalu lama kerana akan menghilangkan rasa manis udangnya. Selamat mencuba!

Kredit: MyResipi

tags: |