Bila lihat sahaja rupa Wanpaku Sandwich ini, pasti anda akan terliur kerana kepadatan isi ayam teriyaki yang dikepit bersama roti putih.
Resepi Wanpaku Sandwich ini unik sekali memandangkan ia mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan anda mendapat tekstur yang menarik!
Memang packed! Namun, pengambilan sandwich ini ternyata dapat mengenyangkan perut dalam jangka masa yang panjang.
Bahan-bahan:
- 1 dada ayam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar sos teriyaki
- 1/2 biji lobak merah (dihiris nipis)
- 1/2 biji timun jepun (dihiris nipis)
- 1/2 biji tomato
- Sengenggam kubis ungu (dihiris nipis)
- 2 keping roti putih
- 2 sudu besar mayonis
Cara Penyediaan:
- Dalam satu mangkuk, gaulkan ayam bersama secubit garam dan 1 sudu besar sos teriyaki. Perapkan selama 10 minit.
- Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Ketepikan.
- Sapukan mayonis kepada kedua-dua keping roti.
- Susunkan sayur secara selang seli di atas roti. Gunakan daun salad sebagai lapisan pertama.
- Letakkan ayam teriyaki, kemudian susunkan sayuran di atas. Gunakan daun salad sebagai lapisan terakhir.
- Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas. Biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
- Nak tambah telur pun boleh. Sandwich sudah siap untuk dinikmati!
Baca juga: Resepi Sandwich Roll Yang Simple Dan Sedap, Sesuai Untuk Anak Bawa Pergi Sekolah