Dahulu, biskut meringue agak terkenal dan digemari ramai. Sekarang, ia jarang dibuat orang kerana prosesnya agak merumitkan.
Namun jika anda mengimbau kenangan dan ingin cuba untuk membuatnya, cuba lah resepi watermelon meringue lollipop ini yang telah dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Lain dari gula-gula biasa, ia diperbuat dari meringue dan mempunyai rasa yang begitu manis!
Resepi Watermelon Meringue Lollipop, Buat Untuk Birthday Party Tentu Laku Keras!
Bahan-bahan
- 3 biji putih telur gred C (100 gram)
- 3/4 cawan gula kastor (150 gram)
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 sudu teh esen vanilla
- Pewarna makanan merah, kuning dan hijau
- Cip coklat
Cara-caranya
- Satukan putih telur dan gula. Kacau dulu sehingga sebati.
- Kemudian, kacau di atas api dengan cara teknik double boiler sehingga gula cair. Angkat dan tapiskan ke dalam mangkuk adunan.
- Campur jus lemon dan pukul lagi dengan high speed sehingga kembang.
- Campur esen vanilla dan pukul lagi dengan high speed sehingga bertanduk (stiff peak). Bila diterbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian. Satu bahagian warna merah, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna putih. Kemudian, masukkan adunan ke dalam piping bag berasingan.
- Alas dulang pembakar dengan baking paper. Picit adunan putih secara menegak dan letak batang lolipop. Selepas itu, picit adunan merah di bahagian atas sebagai isi tembikai.
- Masa ini, panaskan oven pada suhu 90 darjah celcius. Picit pula adunan putih dan hijau secara memanjang di bawah adunan merah tadi sebagai kulit tembikai. Buat step yang sama dengan tembikai kuning.
- Akhir sekali, hias dengan cip coklat sebagai biji tembikai. Bakar pada suhu 90 darjah celcius selama 2 jam, api atas dan bawah. Meringue lollipop ini pembakarannya memang lama untuk dapatkan kerangupan dan tekstur yang cantik selepas dibakar.
- Biarkan sejuk sekejap baru tarik lollipop dari dulang.
- Sedia untuk dinikmati!
Dah siap watermelon meringue lollipop ini. Memang sedap dan patut dicuba, terutamanya buat peminat biskut meringue dahulu.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Nor Al Fatihah T-hah
Baca Juga: Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!