Buah limau kasturi menjadi antara buah yang merupakan penyejuk tekak dan tentunya sedap diminum.
Tambah lagi apabila cuaca terik matahari dan air minuman dicampur dengan ais yang segar – sememangnya lazat dan nikmat.
Kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi Air Jeli Limau Kasturi yang dikongsi oleh Marissa Brand ini. Jom buat air ni dan nikmati sama-sama.
Wanita Ini Kongsi Resipi Air Jeli Limau Kasturi Penyejuk Tekak, Kini Jadi Minuman Viral Kesukaan Ramai
Bahan-bahan:
- 1 pek serbuk jelly
- 1 tin laici
- 2 kotak teh bunga kurang gula 1L
- asam ko putihh
- daun pudina
- limau kasturi
- gula melaka
Cara Penyediaan:
- Panaskan air teh bunga 2 kotak (2L) dalam periuk.
- Apabila air dah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.
- Masukkan 1 pek serbuk jeli, kacau larut.
- Kemudian masukkan daun pudina untuk naikkan aroma.
- Tunggu sehingga mendidih, tutup api
- Sejukkan 2-3 jam adunan tadi dalam bekas pilihan.
- Untuk hidangan, masukkan ais kiub dan tuang jelly ke atasnya.
- Masukkan perahan limau kasturi, hiaskan sedikit asam ko putih, buah laici dan daun pudina.
Wah! Sudah sedia untuk dihidangkan buat semua. Selamat mencuba dan rasai kenikmatan minuman air jeli limau kasturi yang sedap ni!
Sumber: Marissa Brand
Baca juga: Resipi Sayur Campur Rangup Chinese Style, Sihat & Sesuai Untuk Korang Yang Nak Diet!