Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Air Rempah Lemon & Madu, Minuman Menjadi Untuk Kempiskan Perut Serta Kurangkan Selera Makan

Resipi Air Rempah Lemon & Madu, Minuman Menjadi Untuk Kempiskan Perut Serta Kurangkan Selera Makan

Kategori:
air rempah lemon & madu

Bagi sesiapa yang ingin kempiskan perut yang boroi, perkongsian ini sememangnya untuk anda.

Kali ini kami ingin berkongsi minuman air rempah lemon & madu yang memang boleh buat anda kempiskan perut dan kurangkan selera makan. Ada orang yang terlalu tinggi selera sampai makan secara berlebihan, kan?

Jadi, mungkin kalau tak dikawal, berat badan boleh naik sehingga 5-6 kg sebulan kan? Jadi, jom kita cuba amalkan minuman semulajadi yang dikongsi oleh Eka Zahra ini.

Pengalamannya mengamalkan minum air rebusan lemon yang resipinya diambil dari seorang rakan berasal dari Indonesia untuk kawal selera makan. Ujarnya tak sampai empat hari minum air ini beratnya sudah turun 1kg. Malah dia juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu amalkannya.

“Hari ini nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.

Atas nasihat doktor, dia yang sudah ada 4 org anak dan mempunyai masalah obes dalam keluarga mengamalkan minuman ini.  Saya pun cubalah. Bagusnya minuman ini memang boleh kawal selera makan saya sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resipinya ya. Tapi perlu diingat hasilnya bergantung badan masing-masing ya.”

Resipi Air Rempah Lemon & Madu, Minuman Menjadi Untuk Kempiskan Perut Serta Kurangkan Selera Makanair rempah lemon & madu

Bahan-Bahan:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 inci halia diketuk
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji lemon dihiris
  • Madu

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air.
  2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU.
  3. Masak selama 5 minit.
  4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon.
  5. Biarkan 1 jam.
  6. Bila nak minum tambahkan madu
  7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur.air rempah lemon & madu

Nota Tambahan:

  • Baki air boleh simpan dalam peti sejuk.
  • Resipi ini boleh minum 5 kali (5 gelas). air rempah lemon & madu

Sumber: Eka Zahra

Baca juga: Campur 3 Bahan Ini, Rasa Ayam Goreng Biasa Jadi Luar Biasa. Kena Cuba Sebab Memang Sedap Rangup Tak Terhingga!

tags: