Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Minuman Viral Hingga Ke Eropah, Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Sprite Teh Lemon Yang Refreshing! Rugi Kalau Tak Cuba!

Minuman Viral Hingga Ke Eropah, Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Sprite Teh Lemon Yang Refreshing! Rugi Kalau Tak Cuba!

Kategori: ,
Air Sprite Teh Lemon

Korang nak minum minuman yang refreshing di tekak? Kebetulan ada minuman yang tengah viral sekarang.

Ia dikongsi oleh seorang lelaki yang selalu membuat video kandungan dan kebetulan resipi Air Sprite Teh Lemon ini viral hingga ke negara eropah! Jadi memang sedap dan terbukti keunikannya!

“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.

Video tersebut mendapat 32 juta tontonan. Tunggu apa lagi, jom cuba Sprite Teh Lemon ini bersama:

Minuman Viral Hingga Ke Eropah, Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Sprite Teh Lemon Yang Refreshing! Rugi Kalau Tak Cuba!Air Sprite Teh Lemon

Bahan-Bahan:

  • sebotol kecil air sprite
  • 2 uncang teh
  • ketulan ais batu
  • hirisan lemon
  • gelas

Cara Penyediaan:

  1. Buka penutup botol Sprite dan masukkan dua uncang teh pilihan anda ke dalamnya.
  2. Setelah itu, simpan botol Sprite berkenaan selama 3 jam di dalam peti sejuk sehingga warna air bertukar menjadi warna teh iaitu kuning keemasan.
  3. Selepas tiga jam, keluarkan botol dari peti sejuk. Masukkan hirisan lemon ke dalam gelas, diikuti dengan beberapa ketulan ais.
  4. Kemudian tuangkan air Sprite teh ke dalam gelas. Kacau-kacau sebati dan sedia untuk dinikmati! Memang refreshing guys, selamat mencuba!Air Sprite Teh Lemon Air Sprite Teh Lemon
@hishamraustv REFRESHING GILER ! – Sprite Lemon Tea #fyp #tiktokfood #lemontea ♬ original sound – Hisham Raus

Siap sudah hidangan Air Sprite Teh Lemon ini. Memang refreshing hingga ke tekak. Rugi ya kalau tak cuba. Selamat menikmati!

Sumber: Hisham Raus

Baca juga: Hidangan Simple Buat Makan Nasi Bertambah, Resipi Telur Mata Sambal Hijau Ini Harus Dicuba Oleh Semua

tags: | |